top of page

BAGAIMANA SAYA INGIN RENEW INSURAN DAN ROADTAX DENGAN HIS EASY4U?

4 Langkah mudah untuk renew insuran dan roadtax kenderaan anda dengan HIS EASY4U. ​ Langkah 1 : Berikan kami maklumat anda : Nama No Kad Pengenalan No pendaftaran kenderaan Poskod alamat Langkah 2 : Kami akan berikan sebut harga yang paling murah dan anda boleh meminta untuk buat perbandingan antara pilihan Insuran yang ada Langkah 3 : Pilih insuran yang terbaik dan lakukan pembayaran Langkah 4 : Proses insuran dan roadtax anda akan siap dalam masa 24 jam dan kami akan maklumkan kepada anda melalui Whatsapp atau panggilan.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK DAPATKAN INSURAN DAN ROADTAX YANG TELAH DI PROSES?

Anda akan menerima Insuran dan Roadtax anda dengan tempoh seperti berikut  - Melaka (2 hari bekerja) - Semenanjung Malaysia (2-3 hari bekerja) - Sabah & Sarawak (5 hari bekerja) Secara alternatif, anda boleh terus ke HIS EASY4U yang berlokasi di Lotus Cheng Melaka Atau pun, anda boleh memilih untuk memesan Runner untuk hantar ke lokasi rumah anda (caj perkhidmatan dikenakan mengikut lokasi)

APAKAH PILIHAN INSURAN YANG TERDAPAT DI HIS EASY4U?

HIS EASY4U akan memberikan anda sebut harga yang terbaik daripada lima jenis Insuran : Takaful Malaysia Etiqa LONPAC Takaful Ikhlas Liberty

BOLEHKAH SAYA RENEW CUKAI JALAN SEKIRANYA TERDAPAT SAMAN TERTUNGGAK?

Tertakluk pada jenis saman yang anda perolehi sama ada saman ringan atau saman berat. Anda perlu memeriksa saman anda di JPJ atau Polis sebelum memperbaharui cukai jalan kenderaan anda.

BAGAIMANA SAYA INGIN MELAKUKAN TUNTUTAN INSURAN? 

Anda perlu meneliti proses yang ditetapkan oleh Pihak Insuran. Berikut merupakan nombor perkhidmatan pelanggan; ​ Takaful Malaysia - 1800-888-788  Etiqa Takaful - 1300-88-1007 LONPAC - 1300-88-1138 Liberty - 1 300 888 990

ADAKAH HIS EASY4U BOLEH RENEW INSURAN DAN ROADTAX LORI?

Ya, HIS EASY4U mempunyai pilihan untuk renew insurans dan cukai jalan lori kecuali lori permit A.

APA ITU NCD DAN NCB?

Nilai NCD terikat pada No Kad Pengenalan pemilik kenderaan. NCD (No Claim Discount) atau NCB (No Claim Bonus) ialah diskaun atau bonus yang diberikan apabila tiada tuntutan dilakukan kepada pihak insuran pada tahun tersebut. Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam masa setahun, NCD atau NCB tahun depan akan meningkat. Nilai NCD mengikut tahun : A. Kereta Persendirian Tahun 1 : 0% Tahun 2 : 25% Tahun 3 : 30% Tahun 4 : 38.33% Tahun 5 : 45% Tahun 6 : 55% (Maksimum) B. Kereta Komersial & Motorsikal Tahun 1 : 0% Tahun 2 : 15% Tahun 3 : 20% Tahun 4 : 25% (Maksimum)

BOLEHKAH SAYA TAHU NILAI CUKAI JALAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PEMBAYARAN?

Boleh, kami ada senaraikan harga cukai jalan di muka Harga cukai Jalan Kereta. Walaubagamanapun, harga muktamad masih tertakluk kepada keputusan JPJ.

INI ADALAH PERTAMA KALI SAYA INGIN RENEW INSURAN DAN ROADTAX DENGAN HIS EASY4U,
ADAKAH IA SELAMAT?

Ya semestinya selamat. Kami cuma mengambil pembayaran online melalui bank transfer dan tidak menyimpan data kad kredit atau kad bank pelanggan. Kami juga merupakan syarikat wakil insurans yang sah berdaftar dengan  ​ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Syarikat Insuran Lonpac dan Takaful Persatuan Insuran Am Malayai (PIAM) Malaysia Takaful Association (MTA) Jika kelakuan kami tidak jujur, Lesen kami bakal digantung.

APAKAH FAEDAH PERLINDUNGAN INSURAN TAKAFUL MALAYSIA?

Perlindungan komprehensif kereta anda Perlindungan kemalangan percuma kepada nyawa anda and penumpang dalam kereta anda Perlindungan kepada pemandu  bukan pemilik kereta secara percuma Bayaran tunai balik jika tidak ada tuntutan  Progam bantuan 24 jam/ 7 hari diberikan Nota : Yang atas untuk rujukan sahaja, segala lindungan masih tertakluk kepada polisi kenderaan Takaful Malaysia

APAKAH FAEDAH PERLINDUNGAN INSURAN LONPAC?

Perlindungan komprehensif kereta anda Perlindungan semua pemandu bukan pemilik kereta secara percuma Kerosakan kereta disebabkan kejatuhan objek akibat bencana alam Elaun pengakutan Elaun kehilangan dokumen penting  Program bantuan 24 jam / 7 hari diberikan Jaminan membaiki 6 bulan dari bengkel panel dan lain-lain Nota : Yang atas untuk rujukan sahaja, segala lindungan masih tertakluk kepada polisi kenderaan Lonpac Insurance

APAKAH ITU EXCESS?

Excess atau Lebihan ialah nilai yang anda perlu tanggung sekiranya terdapat tuntutan kereta. Contohnya: Sekiranya excess ialah RM500, kereta anda ada tuntutan dengan syarikat insurans ialah RM10,000/=. Syarikat insurans akan bayar RM9,500/= dan anda kena bayar RM500/=.

BAGAIMANA UNTUK RENEW INSURAN DAN ROADTAX SEKIRANYA PEMILIK SUDAH MENINGGAL?

Roadtax bagi kereta yang penamanya telah meninggal hanya boleh diperbaharui dalam tempoh 6 bulan dengan menggunakan nama si mati. Urusan ini hanya boleh dilakukan di JPJ setelah membeli insurans atas nama si mati. Roadtax hanya boleh buat dalam masa 3 tahun menggunakan nama simati.  Dalam masa yang sama, waris hendaklah menguruskan proses tukar nama. Untuk menukar penama kereta, waris perlu ke Bahagian Pusaka Kecil, Amanah Raya atau ke mana-mana mahkamah seksyen untuk mendapatkan surat pengesahan pertukaran nama di JPJ.


DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 (Cawangan Lotus)

017- 220 6108 (Cawangan Mydin)

013- 6106108

​

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W (201903186999)

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

Lotus's Cheng Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

​

HIS Enterprise

Mydin Mall Jasin

Lot G-22, PT 8537, Seksyen 1,

Bandar Jasin Bestari

77200 Bemban Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

copyright © 2025 his enterprise

SOSIAL MEDIA

  • Whatsapp
  • Whatsapp
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
bottom of page